Saturday, November 7, 2009

RESEPI KELUARGA

Bila waktu cuti sekolah semua balik. Masa tu macam-macam permintaan ada. Maklumlah dah lama tak makan masakan mak. Duk kat asrama biasa le makan menu rutin je. Ini le antara resep kegemaran keluarga.

1. Gulai Tempoyak.
Senang je resepinya.
Bahan-bahannya :
1 kilo ikan (tak kira ikan apa tap favourite keluarga ikan keli)
2 biji cili merah (ditumbuk)
5 - 6 biji cili api (kalau nak lebih pedas tambah le lagi - ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1cm kunyit hidup (ditumbuk / boleh juga guna kunyit serbuk)
5 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa.

Caranya :
Ikan disiang, potong. Setelah dibasuh bersih masukkan dalam periuk.(kalau guna ikan keli
rendam dulu dengan asam keping dan garam untuk hilangkan hanyirnya) Masukkan semua
bahan dan gaul. Tambah air untuk kuahnya - terpulang le nak banyak mana. Rasa garamnya.
Bila dah menggelegak dan ikan dah masak angkat dan boleh le dihidangkan bersama nasi.

2. Sambal Tumis udang dengan petai

Bahan-bahannya :
250 gm Udang
10 biji cili kering
5 biji bawang merah kecil
5 biji bawang putih
2cm belacan
2 papan petai -ambil isinya
sedikit asam jawa
sedikit minyak masak untuk menumis
sedikit garam dan gula

Caranya :
Kopek kulit udang tinggalkan ekornya. Blender cili kering,bawang merah, bawang putih dan
belacan. Tumis sedikit bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili kering yang telah
diblender. Masak hingga naik bau. Masukkan petai, tambah sedikit air. Biarkan sebentar
kemudian masukkan udang. Kacau , masukkan garam,gula dan asam jawa. Angkat dan
hidangkan.

Thursday, November 5, 2009

PETUA

Kesihatan amat penting dalam hidup. Sekiranya anda menghadapi gangguan kesihatan di bawah ini ada sedikit petua yang boleh dicuba untuk mengatasinya.
1. Kencing manis
Daun bambu banyak gunanya. Salah satu daripadanya ialah untuk menurunkan gula bagi
pengidap kencing manis.
Caranya :
Ambil dua helai daun bambu dan kunyah. Amalkan setiap pagi. Insyaallah bacaan gula anda
akan turun.

2. Darah tinggi
Timun bukan sahaja boleh dimakan sebaga ulaman tetapi ia juga membantu menurunkan
tekanan darah.
Caranya :
Blender sebiji timun dengan segelas air. Tapis dan minum airnya.

Selain timun anda juga boleh menggunakan asam keping untuk menurunkan tekanan darah.
Caranya :
Ambil dua keping asam keping dan rendamkan di dalam segelas air. Setelah air bertukar
warna , itu menunjukkan asam keping telah melarutkan asamnya di dalam air, minum airnya.

Satu lagi petua untuk menurunkan tekanan darah ialah dengan meminum air basuhan beras.
Caranya :
Ketika hendak memasak nasi kita akan membasuh beras dulu. Apabla membasuh beras kali
kedua ambil anggaran segelas daripada air basuhan itu dan diminum.