Thursday, December 10, 2009

PERSAHABATAN


Bunny menikmati kesegaran tumbuhan


>

Citam, Bunny dan Nimi, 3 sahabat bersantai di waktu petang

>

Kucing dan arnab pun pandai bersahabat

Berita Gempak!!!


Keputusan UPSR telah diumumkan. Alhamdulillah Ain Adik dapat 5A. Rezeki kurniaan Ilahi. Syukur Alhamdulillah.

Saturday, November 7, 2009

RESEPI KELUARGA

Bila waktu cuti sekolah semua balik. Masa tu macam-macam permintaan ada. Maklumlah dah lama tak makan masakan mak. Duk kat asrama biasa le makan menu rutin je. Ini le antara resep kegemaran keluarga.

1. Gulai Tempoyak.
Senang je resepinya.
Bahan-bahannya :
1 kilo ikan (tak kira ikan apa tap favourite keluarga ikan keli)
2 biji cili merah (ditumbuk)
5 - 6 biji cili api (kalau nak lebih pedas tambah le lagi - ditumbuk)
1 batang serai (diketuk)
1cm kunyit hidup (ditumbuk / boleh juga guna kunyit serbuk)
5 sudu besar tempoyak
garam secukup rasa.

Caranya :
Ikan disiang, potong. Setelah dibasuh bersih masukkan dalam periuk.(kalau guna ikan keli
rendam dulu dengan asam keping dan garam untuk hilangkan hanyirnya) Masukkan semua
bahan dan gaul. Tambah air untuk kuahnya - terpulang le nak banyak mana. Rasa garamnya.
Bila dah menggelegak dan ikan dah masak angkat dan boleh le dihidangkan bersama nasi.

2. Sambal Tumis udang dengan petai

Bahan-bahannya :
250 gm Udang
10 biji cili kering
5 biji bawang merah kecil
5 biji bawang putih
2cm belacan
2 papan petai -ambil isinya
sedikit asam jawa
sedikit minyak masak untuk menumis
sedikit garam dan gula

Caranya :
Kopek kulit udang tinggalkan ekornya. Blender cili kering,bawang merah, bawang putih dan
belacan. Tumis sedikit bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili kering yang telah
diblender. Masak hingga naik bau. Masukkan petai, tambah sedikit air. Biarkan sebentar
kemudian masukkan udang. Kacau , masukkan garam,gula dan asam jawa. Angkat dan
hidangkan.

Thursday, November 5, 2009

PETUA

Kesihatan amat penting dalam hidup. Sekiranya anda menghadapi gangguan kesihatan di bawah ini ada sedikit petua yang boleh dicuba untuk mengatasinya.
1. Kencing manis
Daun bambu banyak gunanya. Salah satu daripadanya ialah untuk menurunkan gula bagi
pengidap kencing manis.
Caranya :
Ambil dua helai daun bambu dan kunyah. Amalkan setiap pagi. Insyaallah bacaan gula anda
akan turun.

2. Darah tinggi
Timun bukan sahaja boleh dimakan sebaga ulaman tetapi ia juga membantu menurunkan
tekanan darah.
Caranya :
Blender sebiji timun dengan segelas air. Tapis dan minum airnya.

Selain timun anda juga boleh menggunakan asam keping untuk menurunkan tekanan darah.
Caranya :
Ambil dua keping asam keping dan rendamkan di dalam segelas air. Setelah air bertukar
warna , itu menunjukkan asam keping telah melarutkan asamnya di dalam air, minum airnya.

Satu lagi petua untuk menurunkan tekanan darah ialah dengan meminum air basuhan beras.
Caranya :
Ketika hendak memasak nasi kita akan membasuh beras dulu. Apabla membasuh beras kali
kedua ambil anggaran segelas daripada air basuhan itu dan diminum.

Friday, October 30, 2009

PETUA

Kecantikan adalah anugerah Allah. Sebenarnya setiap yang dilahirkan adalah cantik. Tidak kira cantik rupa atau cantik dari segi lainnya. Bersyukurlah terhadap apa yang telah dikurniakanNya. Apa yang penting kita menghargai apa yang dikurniakan kepada kita.Disini saya ingin berkongsi sedikit petua untuk menjaga kecantikan itu

MENJAGA KECANTIKAN WAJAH

1. Betik bagus untuk kulit
a. Buah betik boleh dbuat masker
Caranya : Keluarkan isi betik dan lecek sehngga halus. Kemudian gunakan sebagai
masker dimuka anda selama 20 minit

b. Kunyit sebagai penyembuh jerawat
Caranya : Ambil sebuku kunyit sebesar ibu jari, bersihkan dan tumbuk hingga lumat
Campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan kemuka pada malam hari.
Esok harinya basuhlah muka dengan air suam. Jerawat akan mengecut.
Ulang hingga beberapa hari hingga jerawat sembuh.

c. Hilangkan bintik-bintik hitam dengan daun jambu batu
Caranya : Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda giling halus
campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Sapukan ke muka setiap
pagi dan malam sehingga anda dapat hasil yang memuaskan.






keluarga





GG - Dzul Azizuddin, anak sulong. La ni kat Institut Perguruan Islam kat Bangi. Nanti jadi cikgu. Ini le penyambung karier mak. Alhamdulllah.









Intan - Ain Zuhairiah, anak kedua. La ni kat institut perguruan gak kat kedah. Dah keluar nanti jadi ustazah lak.






Thursday, October 29, 2009

keluarga






Aina -Ain Zuraina, la ni kat Kolej Matrik Kedah. Tahun depan insyaallah masuk U. Bidang apa itu kene tanya dia le









Aida - Ain Zuraidah, sekolah kat SM Kasas Seri Iskandar. Tahun depan ambil SPM. Hasratnya nak dapatkan straight A. Insyaallah





Add Image